[ Tahniah Anda Hebat ]

Selamat Datang

Pertanian Alaf Baru

Pertanian

Pertanian Satu Perniagaan

Sains Menengah Rendah

Menerokai Alam Sains

Green Screen Studio

Pendidikan Alaf 21

Koleksi Bank Soalan Pertanian SPM

Strategi dan Latihan Penentu Kejayaan

Tuesday, February 16, 2021

 #180 Pisang biru, pernah jumpa?
Tahukah kamu?
The Blue Java yang juga dikenali sebagai pisang biru adalah tumbuhan kultivar yang tahan lasak. Pisang jenis ini berasal dari Asia Tenggara dan mula tersebar ke Fiji, Hawai, Australia dan Filipina.

Pisang ini dikenal dengan nama Blue Jawa Banana tetapi banyak orang menyebut pisang ini dengan nama pisang ais krim, pisang Hawaii, Cenizo , Krie atau Ney Mannan. Asal usul nama yang digunakan sesuai dengan warna kulit pisang yang biru cerah.
Bukan hanya berwarna biru, permukaan kulit pisang ini juga tampak mengilap. 


Terkenal dengan rasa yang manis dan dikatakan memiliki rasa vanilla, pisang biru sering dijadikan alternatif aiskrim. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan jus buah (smoothie) ataupun dimakan begitu sahaja. Boleh juga dijadikan pisang goreng

Pisang biru boleh tumbuh sehingga ketinggian 6 meter. Buahnya pula memiliki panjang 7 hingga 9 inci dan akan mempamerkan warna biru apabila belum masak dan akan bertukar kuning pucat apabila sudah masak. Isi buah pisang biru berwarna putih krem dengan  biji-biji  yang kecil.

Pembiakan pisang ini bisa dilakukan dengan dua cara yakni dengan menggunakan anak benih ataupun menanam dari biji. ianya memerlukan masa antara 15-24 bulan untuk menghasilkan buah.

Sunday, May 17, 2020

Selamat Hari Guru, Cikgu.....

Selamat Hari Guru

Semalam, 16 Mei 2020 merupakan Hari Guru seluruh Malaysia. Ini adalah kali pertama dalam kerjaya sebagai guru tiada sambutan hari guru. semuaya sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Virus Wuhan atau Covid 19 ini adalah asbabnya sahaja.
Walaupun tiada sambutan hari guru, seperti biasa iaitu dengan perhimpunan khas hari guru, nyanyian lagu Guru Malaysia,  Perutusan Khas sempena  Hari Guru dari Menteri Pendidikan Malaysia, dari Pengarah Pendidikan Negeri dan ucapan pengetua serta diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang mengeratkan hubungan antara guru-guru  dengan murid-murid tetapi sambutan hari guru tetap meriah dengan pelbagai ucapan dan  hasil nukilan kreativiti para guru dan murid-murid. 
Disamping itu, ada juga ucapan penghargaan dari pemimpin masyarakat, mantan murid dan rakan-rakan setugas bukan guru.

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

Berikut merupakan ucapan atau persembahan yang singgah di channel media sosialku




Ucapan En Ghazali bin Ibas, YDP PIBG SMK Kubu Gajah



Persembahan oleh Cikgu Tay Lee Yen



Ucapan dari rakan sekerja bukan guru




Ucapan dan persembahan dari murid yang perihatin








                                                               hAFIZ hUSYAIRI 3a1


                                                                    aTHIRAH nABILA 2A1




Persembahan unik daripada guru Malaysia









Aku hanya menerima lima ucapan secara peribadi daripada dua  murid kini dan tiga  murid dulu.

Murid kini

Mohamad Faiz Bin Nazri

Adib Putra Naem bin Zolkarnain


 


Murid dulu

 Mohamad Solehin Mohamed Sunar

Elmi Johar bin Abd Hamid

Mohd Shamim 



Hanya lima ucapan hari guru tanda ingatan daripada murid-murid dulu, kini dan....
Ini menunjukkan tak popularnya aku kat sekolah. Hahahahahaah....

Apa2 pun Sambutan Hari Guru 2020 adalah yang paling unik .










Friday, May 8, 2020

Pendahuluan

selamat datang