[ Tahniah Anda Hebat ]

Sunday, May 17, 2020

Selamat Hari Guru, Cikgu.....

Selamat Hari Guru

Semalam, 16 Mei 2020 merupakan Hari Guru seluruh Malaysia. Ini adalah kali pertama dalam kerjaya sebagai guru tiada sambutan hari guru. semuaya sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Virus Wuhan atau Covid 19 ini adalah asbabnya sahaja.
Walaupun tiada sambutan hari guru, seperti biasa iaitu dengan perhimpunan khas hari guru, nyanyian lagu Guru Malaysia,  Perutusan Khas sempena  Hari Guru dari Menteri Pendidikan Malaysia, dari Pengarah Pendidikan Negeri dan ucapan pengetua serta diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang mengeratkan hubungan antara guru-guru  dengan murid-murid tetapi sambutan hari guru tetap meriah dengan pelbagai ucapan dan  hasil nukilan kreativiti para guru dan murid-murid. 
Disamping itu, ada juga ucapan penghargaan dari pemimpin masyarakat, mantan murid dan rakan-rakan setugas bukan guru.

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

Berikut merupakan ucapan atau persembahan yang singgah di channel media sosialku




Ucapan En Ghazali bin Ibas, YDP PIBG SMK Kubu Gajah



Persembahan oleh Cikgu Tay Lee Yen



Ucapan dari rakan sekerja bukan guru




Ucapan dan persembahan dari murid yang perihatin








                                                               hAFIZ hUSYAIRI 3a1


                                                                    aTHIRAH nABILA 2A1




Persembahan unik daripada guru Malaysia









Aku hanya menerima lima ucapan secara peribadi daripada dua  murid kini dan tiga  murid dulu.

Murid kini

Mohamad Faiz Bin Nazri

Adib Putra Naem bin Zolkarnain


 


Murid dulu

 Mohamad Solehin Mohamed Sunar

Elmi Johar bin Abd Hamid

Mohd Shamim 



Hanya lima ucapan hari guru tanda ingatan daripada murid-murid dulu, kini dan....
Ini menunjukkan tak popularnya aku kat sekolah. Hahahahahaah....

Apa2 pun Sambutan Hari Guru 2020 adalah yang paling unik .