Selamat Hari Guru
Semalam, 16 Mei 2020 merupakan Hari Guru seluruh Malaysia. Ini adalah kali pertama dalam kerjaya sebagai guru tiada sambutan hari guru. semuaya sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Virus Wuhan atau Covid 19 ini adalah asbabnya sahaja.
Walaupun tiada sambutan hari guru, seperti biasa iaitu dengan perhimpunan khas hari guru, nyanyian lagu Guru Malaysia, Perutusan Khas sempena Hari Guru dari Menteri Pendidikan Malaysia, dari Pengarah Pendidikan Negeri dan ucapan pengetua serta diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang mengeratkan hubungan antara guru-guru dengan murid-murid tetapi sambutan hari guru tetap meriah dengan pelbagai ucapan dan hasil nukilan kreativiti para guru dan murid-murid.
Disamping itu, ada juga ucapan penghargaan dari pemimpin masyarakat, mantan murid dan rakan-rakan setugas bukan guru.
BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU
Berikut merupakan ucapan atau persembahan yang singgah di channel media sosialku
BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU
Berikut merupakan ucapan atau persembahan yang singgah di channel media sosialku
Aku hanya menerima lima ucapan secara peribadi daripada dua murid kini dan tiga murid dulu.
Murid kini
Mohamad Faiz Bin Nazri
Adib Putra Naem bin Zolkarnain
Murid dulu
Mohamad Solehin Mohamed Sunar
Elmi Johar bin Abd Hamid
Mohd Shamim
Hanya lima ucapan hari guru tanda ingatan daripada murid-murid dulu, kini dan....
Ini menunjukkan tak popularnya aku kat sekolah. Hahahahahaah....
Apa2 pun Sambutan Hari Guru 2020 adalah yang paling unik .