#180 Pisang biru, pernah jumpa?
Tahukah kamu?
The Blue Java yang juga dikenali sebagai pisang biru adalah tumbuhan kultivar yang tahan lasak. Pisang jenis ini berasal dari Asia Tenggara dan mula tersebar ke Fiji, Hawai, Australia dan Filipina.
Pisang ini dikenal dengan nama Blue Jawa Banana tetapi banyak orang menyebut pisang ini dengan nama pisang ais krim, pisang Hawaii, Cenizo , Krie atau Ney Mannan. Asal usul nama yang digunakan sesuai dengan warna kulit pisang yang biru cerah.
Bukan hanya berwarna biru, permukaan kulit pisang ini juga tampak mengilap.
Terkenal dengan rasa yang manis dan dikatakan memiliki rasa vanilla, pisang biru sering dijadikan alternatif aiskrim. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan jus buah (smoothie) ataupun dimakan begitu sahaja. Boleh juga dijadikan pisang goreng
Pisang biru boleh tumbuh sehingga ketinggian 6 meter. Buahnya pula memiliki panjang 7 hingga 9 inci dan akan mempamerkan warna biru apabila belum masak dan akan bertukar kuning pucat apabila sudah masak. Isi buah pisang biru berwarna putih krem dengan biji-biji yang kecil.
Pembiakan pisang ini bisa dilakukan dengan dua cara yakni dengan menggunakan anak benih ataupun menanam dari biji. ianya memerlukan masa antara 15-24 bulan untuk menghasilkan buah.